Assalamualaikum semua. Kali ini saya buka kedai ping pong.

Jenama : Yinhe
Model : 01B dilengkapi getah Yinhe 9000
Kesesuaian : Untuk kana-kanak & dewasa yang baru nak cuba berjinak-jinak etapi tak mahu bayar lebih

Umur Barang : Baru
Harga : RM45 COD / RM50 termasuk poslaju (Saya caj RM50 je poslaju)
Lokasi COD : Beranang, Semenyih, Mantin (Kalau beli 1lah)
Cara Order : WhatsApp 0193607675

Saya ada beberapa unit sebagai percubaan. Kalau sambutan OK, kedai akan terus beroperasi.



Kalau rajin, sila baca penerangan ringkas daripada saya.
Kita mulakan dengan jenama dulu. Terbahagi kepada : 1. Jenama bukan China (Butterfly, Tibhar, Stiga, Donic, Yasaka, TSP & ada lagi). 2. Jenama China (DHS, Double Fish, Yinhe, 729 & ada lagi) Selain senarai di atas, banyak lagi senarai sebenarnya seperti Haifu, Spinlord, Giant Dragon, Dawei, Tuttle, Joola) Kebanyakan jenama ada mengeluarkan yang murah dan sehingga yang sangat mahal. Keperluan bergantung kepada pemain. Kalau yang selalu main di kelab-kelab, selalunya mereka akan guna bet yang kayu asing & getah asing yang sudah pasti lebih mahal berbanding yang dah siap getah kerana sekeping getah pun boleh cecah sehingga ratusan ringgit ternasuk jenama China. Ok. Apa sebenarnya beza jenama bukan China & jenama China? Yang pertama sekali pastilah harganya. Pernah dengar yang mahal tak semestinya bagus? Kata-kata ini boleh digunakan untuk bet yang dah siap getah sahaja. Maksudnya, untuk jenama bukan China, sebenarnya kurang berbaloi jika beli bet yang dah siap getah. Selain harganya yang agak mahal, keupayaan getah adalah terhad iaitu susah untuk buat pukulan topspin. Jadi, saya cadangkan kalau nak beli bet yang siap getah, lebih baik beli jenama China. Selain harganya yang murah, ianya lebih mudah untuk spin kerana permukaan getah yang agak melekit. Secara perbandingan pula, jenama bukan China RM50 & jenama China RM50, lebih baik jenama bukan China. Pun begitu, jenama bukan China mengeluarkan produk yang sangat bagus untuk kayu asing dan getah asing. Sebelum saya berjinak-jinak dengan kayu asing & getah asing, saya juga pernah cuba beberapa bet siap getah baik jenama bukan China mahupun jenama China. Kerana itu saya boleh menerangkan perbezaan bet siap getah jenama bukan China & jenama China.

Penerangan saya di atas adalah daripada pengalaman saya sendiri. Sekadar berkongsi, berikut adalah kayu ping pong yang saya masih guna & tahun beli . Kayu sahaja ye. Tak masuk getah. Sebelum 2010, saya sendiri guna bet siap getah. Hehe. 1. Butterfly Innerforce Layer 2016 2. Yasaka Ma Lin Carbon 2012 3. Yasaka Ma Lin Extra Off 2014 4. Nittaku Wang Li Qin 2012 5. DHS Power G 7 2016 6. Butterfly Primorac 2010 7. Stiga Tube Light 2012
Pernahkan kereta anda mengalami situasi TIBA-TIBA BOCOR? 

Elok-elok parking, tengok-tengok tayar kempis. Dah la nak cepat. Aduhhh ...

Sebenarnya tayar dah lama bocor (selalunya kena paku) tapi disebabkan kebocoran itu halus, kita pun tak perasan dan angin keluar secara perlahan-lahan ... Mungkin ambil masa 1 - 2 hari untuk betul-betul nampak bocor ...

Jadi, biasanya kita akan tukar tayar dengan tayar spare. Itupun kalau tayar spare ada angin ... Hehe

OK ... TAK PAYAH RISAU KALAU ADA PAM TAYAR KECEMASAN NI ...

Takkan nak naik kereta dengan keadaan tayar kempis kan?

PAM DULU dengan PAM TAYAR KECEMASAN ...

Mudah sahaja ... Orang perempuan pun boleh buat =)

DAH PAM, TERUS KE KEDAI TAYAR BERHAMPIRAN UNTUK TAMPAL BOCOR

Mudah kan???

Saya sendiri ada 2 unit. 1 dalam EXORA & 1 lagi dalam MYVI ...

Gambar MYVI kat bawah, bocor semasa parking dekat kedai makan ...

Yang EXORA tu, saja-saja nak pam ...